Fakulti Berhantu Malam Khamis (FBMK) UPM

43 bualan
Pin It
DSC01693
Dunia ini sementara. Jangan kita leka dengan permainan dunia ini. Tempat seperti ini pasti bagi yang hidup...

Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Pelbagai cerita seram terbitan sang penerbit tempatan keluar terbang mencari mangsa mereka, sang penonton Melayu. Kisah ini diturunkan secara turun-temurun. Daripada anak cicit, moyang dan segala macam salasiah keluarga tahu akan cerita hantu.  Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik kepala botak a.k.a toyol pun ada sudah terkenal. Si toyol itu hanya hendak mencari pendapatan sampingan je lah. Kenapalah dikomersilkan pula...

Di mana-mana sahaja tempat di Malaysia ini pasti akan ada cerita hantunya tersendiri.

Ini tak lari juga di universiti yang saya diami, Universiti Putra Malaysia (UPM). Banyak kisah seram yang saya dengari. Biasalah. Cerita hantu sebegini memang terkenal. Sebaran hanya daripada mulut ke mulut. Setiap tempat di UPM ini boleh dikatakan ada kisah seramnya. Semestinya ia bukan yang baik untuk diceritakan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menjadi wadah penceritaan kisah seram pada kali ini. Saya putar istilah FBMK ke 'Fakulti Berhantu Malam Khamis' bagi menyedapkan sedikit kisah yang ingin saya ceritakan ini...

Al-kisah bermula apabila seorang kawan saya, si budak fbmk (secara tak rasminya) membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya. Sudaah lewat malam pun. Balik jer la dulu.

Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…

Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding door fbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak. Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…
Hit hard you know!loaMakhluk mungkin?,,,,,

Saya pernah mengambil kelas di FBMK di bawah subjek 'Perubahan dan Komunikasi'. Nak dijadikan cerita, pensyarah saya untuk kelas itu membuka sedikit cerita menarik untuk santapan kami yang sedang kebosanan. Untuk makluman, kisah ini boleh dikategorikan Israeliyat versi FBMK. Saya tidak tahu benar atau tidak.

Al-kisahnya sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBAmicrophone berdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 1-2 minit lepas tu pensyarah pun bersuara.

“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya,” sambil menglambai-lambai tangan beliau ke arah  microphone.

“Awak nampak tak?” pandang beliau ke arah kami semua.

Saya dan yang lain geleng kepala jer. Apakah yang sedang berlaku ini? Biasalahkan apabila microphone berdehem seketika dua kerana tak off.

"Perkara begini jangan awak sangka tak pelik," dan bermulalah beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK.

Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik berlaku di kawasan FBMK ni.

Apa!!? 00


“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” pandangan serius beliau ke arah kami.

Kami terdiam. Para pelajar yang sibuk bersembang di belakang mula senyap. Suasana mula sepi. Mereka mula fokus. Mana taknya, ini akan tercatit satu kisah menarik di minda kami pada senja ini. 

“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu. Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni," aksi beliau seperti meninggalkan semua barang yang ada di meja.

"Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain pula kan?” Tambah beliau itu.

Itu tanda ‘ada’ yang hendak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.

“Saya sudah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya,” tunjuk beliau ke arah slide putih di hadapan kelas.

“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Kerusi pensyarah ini. Bukan kerusi pensyarah lain,” tepuk beliau pada kerusi yang didudukinya.

DSC01678
Slide putih dan kerusi berpusing secara sendirinya…

Nampaknya kelas ini mempunyai sejarah yang menarik bagi beliau.

Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas.

"There is a high chance that the 2nd person in here is not human," kata beliau.

Erkkk… biar betul!? Dulu saya ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Saya pernah masuk kelas ini seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa saya masuk tu, memang ada terasa aura seram. Bulu roma di tangan ketika itu ada juga meremang. Tapi saya endahkan dengan membaca buku teks. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la saya berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau. Nasib, nasib…


DSC01756
Tetiba meja kerusi naik secara sendiri… krek…

Kisah menarik bertambah lagi apabila, bunyi kompang lain dari yang lain hanya boleh didengari di FBMK ini. 

Ujar pensyarah, jika ada yang teringin, boleh pergi di belakang blok B ini. Di satu kawasan lapang FBMK. Belakang kelas ini sahaja katanya. Datang untuk mendengar bunyian tersebut. Syaratnya adalah pada hari Jumaat, dalam waktu 11am-1pm sebelum orang solat Jumaat. Berseorangan. 

Insya-Allah, akan dengar bunyi suasana meriah seperti kita pergi kenduri orang kahwin. Tepat pukul 1pm pasti ada bunyi orang berkompang. Ia seperti ada satu suasana meriah sedang berlangsung. Sama seperti kompang kenduri kahwin.

“Awak pastikan datang seorang diri tau. Jangan bawa kawan-kawan pulak. Nanti awak kata saya merepek pulak,” berkata beliau sambil beliau senyum.

Ish, ada kerja pulak saya nak pergi situ sorang-sorang. Bayangkan jika sedang saya leka mendengar bunyi kompang itu, dibukakan hijab pemandangan saya dapat melihat sekumpulan orang yang berkompang itu.  Tidak semena-mena mereka pun dapat lihat saya. Ah sudah...

Tak la pula saya menghalang orang lain untuk mencuba kebenarannya. Kalau ada sesiapa yang teringin tu, boleh la mencuba yea. Nanti bolehlah cerita kepada saya betul atau tak. ^^. (kalau 'hidup' lagi…)


DSC01686
DSC01687
Kawasan lapang di belakang blok B, bangunan kelas KOH3333 aku (bilik Hamka). Jom kalau ada yang berani seorang diri di sini dengar bunyi kompang.

“Dulu ada sekumpulan pelajar nak buat satu majlis keraian di kawasan lapang di hadapan FBMK. Kawasan yang ada pokok krismas tu. Saya tak benarkan. Saya kata kalau nak buat, buat di atas jalan raya di hadapan bangunan FBMK sahaja. Apabila majlis berlangsung, 3 orang pelajar dihantar ke hospital sebab terkena histeria. Bayangkan jikalau dilakukan di kawasan lapang tu… Saya yakin tiada yang terlepas pengalaman histeria di situ.” kata beliau serius.

Nampaknya kawasan larangan bukan sahaja di belakang FBMK tetapi di kawasan-kawasan lapang di serata tempat FBMK. Serius kool!

DSC01688 DSC01689
Ini pula di belakang Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Lapang semacam jer… Seram tau bila aku lalu nak tangkap gambar di sini.


“Kalau nampak ada makcik cleaner ke hulu ke hilir selepas waktu pejabat, kalau boleh awak jangan tegur. Terutamanya waktu senja, di tandas,”

Kami terdiam seketika lagi. Apa yang peliknya dengan makcik cleaner?

“Cuba awak fikir. Cleaner di sini hanya bekerja di waktu pejabat. Mana  yang ada kerja overtime. Lagipun,  akan awak nampak belakang dia jer. Waktu Maghrib, waktu selalu muncul. Awak fikir siapa tu?” kata beliau selamba.

Alamak!!? Saya ketika itu dah la balik kelas itu di waktu Maghrib. Selalu jugak la pergi tandas sebelum balik. Harap-harap tak terserempak makcik cleaner tersebut. Mahunya gementar dan demam seminggu memikirkannya kalau terserempak.

Amat jarang kelas malam di FBMK terutamanya di Sanggar bahasa. Tempat tersebut ialah tempat yang paling dekat dengan 2 kawasan tidak akan didiami rakyat Malaysia.

Kalau ada pun kelas, jumlahnya adalah sedikit. Bayangkan kalau balik kelas pada pukul 11pm… seorang diri sambil tunggu bas depan FBMK… Bau harum menusuk ke hidung... Apabila menoleh kepala ke kiri…
wpd3hLama jugak la bas ni. Kolej kita kat KTP…takutla balik sorang”  tegur seorang wanita misteri berambut panjang ala-ala amoi.
uhm82"Opocot mak kau!!!" Ah sudah pengsan pula si yang kena tegur itu...


Kisah tambahan juga ada berkaitan dengan rumah khas untuk Naib Canselor (NC) atas bukit belakang FBMK. Takda NC setakat ni yang kekal tinggal di rumah tersebut sepanjang menjadi NC UPM. Berhantu. Duduk jer kena kacau. Macam-macam bunyi kedengaran tatkala bulan mula naik menunjukkan diri….

Saya pernah jugakla tengok rumah tu semasa pergi ladang 5 di belakang Kolej 6. Ketika itu kelas amalan ladang sedang berlangsung. Suasana keliling rumah itu sunyi. Lantai beranda rumah penuh dengan daun-daun kering. Dalam rumah nampak bersih sahaja seperti terjaga padahal tiada orang tinggal di situ. Ketika itu saya lihat lama-lama ke arah rumah itu. Seakan-akan ada kelibat manusia pula di jendela rumah tersebut. Kabur. Saya pandang semula ke arah instruktor saya. Bila ditoleh semula untuk kepastian - kosong… Apa lagi, cepat-cepat saya turun mendekati kawan-kawan yang lain.

Bulu roma naik. Degupan jantung meningkat. Rasa seram sejuk di belakang tengkuk.

DSC01685
Ada yang berani nak bermalam di sana tak? Jom…

Sebenarnya, teka-teki kenapa FBMK berhantu boleh dijawab dengan mudah. Terdapat dua tempat yang menjadi tempat wajib manusia singgah setelah mereka mati - kubur. Satu kubur Melayu Islam dan satu lagi jirat Cina (untuk makluman, jirat juga dikenali sebagai kubur tetapi kebanyakannya dikhususkan kepada penggunaan kubur cina).

Saya sarankan jika ada sesiapa yang berminat ingin memberontak menolak pembayaran sewa penginapan kolej yang mahal bolehlah menginap di sini. Ia juga digelar kolej 18 dan kolej Batu II.

Pilih salah satu. Blok Cina atau Blok Melayu. Dua-dua selesa. panda5 Dingin sahaja di waktu malam.

Kedua-dua kubur ini menjadi misteri. Ia hanya diziarahi ketika kematian berlaku. Sang arwah dan mendiang kekal senyap tanpa sebarang kata di rumah mereka. 'Penghuni' di atas hidup meriah tanpa gangguan mereka.

Demi menjadikan entri ini lebih menarik saya ingin pergi melawat rumah mendiang. Cuma ketika snap tiba-tiba kedengaran bunyi anjing menyalak entah dari mana. Sempat 2-3 snap kelibat 2 ekor anjing dari rumah jirat datang menerpa ke arah saya. Apa lagi… rempitan harus bermula sekarang!


DSC01692
Pintu masuk ke jirat Cina UPM.
DSC01690
 Pandangan dari belakang Sanggar Bahasa.

Kalau kubur Islam Melayu tidak pula saya pasti di mana. 

DSC01691
Kubur Melayu Islam ada di belakang ini, mungkin?

Walau apapun kita sebagai umat Islam wajib percaya yang memang ada makhluk selain daripada manusia di dunia ini. Jin juga adalah makhluk ciptaan Allah. Jumlah mereka adalah 9 kali ganda daripada jumlah manusia .

Mari dengar ceramah Ustaz Kazim tentang hantu di UPM

Cuma tak perlulah kita takut kepada mereka. Biarkan mereka selagi mana mereka tidak mengganggu kita. Usah khuatir kerana Allah sentiasa di sisi kita. Baca sahajalah ayat pendinding yang biasa kita dengar - ayat kursi dan 3 kul. Insya-Allah terjamin keselamatan kita daripada gangguan makhluk pelik

Atau ada yang nak lebih ekstrem? …ha54y3mmghbua6c0b89 ….. (heh).
(I can confirm nobody would do it, neither do I)

Sekian, wasalam.
DSC01716
Ada kisah lain seperti motor ditumpang1208647ruxv4e4rt6’ ketika lalu depan fbmk di waktu malam?
Jom kongsi komen.


nota: Saya tidak bertanggungjawab atas kebenaran kisah ini. Ia tertakluk kepada kepercayaan pembaca. Harap maklum.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

43 ulasan:

  1. seriously menakutkan...
    lect BBI aku pun prnah cter ade something happen kt FBMK ni masa dia ngajar dulu...
    (xingat plak cter dia n mls nak ingat)
    nasib baik aku xprnah ade klas kt FBMK.....

    ape2 pun... antu n seumpamanya mmg slalu wujud terutamanya kt tmpat2 belajar (kolej/sekolah/ asrama/dll)

    hmm... pelik kn...

    BalasPadam
  2. Humang aih...tak tahu lak aku ader mahkluk seram kat belakang FBMK neh..dolu2 aku 2 sem jer sempat ada kelas kat sini.Kat KTP takder citer seram ker? hehe..4 sem kat KTP, cumer tahu citer kes budak pompuan kt kolej 12 jew..

    BalasPadam
  3. cuak beb bace cte ko... blm citer psl cte hantu kat sekolah aku dulu... lagi tragik...hahaha.. tak dela tragik sangat..

    BalasPadam
  4. sorry to say that..
    maybe it's true..
    sebab ade org yg diberi kelebihan tgk bnde halus,die bgtau mmg byk bende kt fbmk....

    BalasPadam
  5. Memang pun. Belakang tu ada perkampungan bunian. Yang tu ada bunyi kompang sebelum sembahyang Jumaat.

    Ada lagi satu info... Ada dua orang kawan aku ni sedang naik motor masing-masing lalu depan FBMK waktu hampir tengah malam. Tetiba kawan aku yang bawa motor terlihat ada satu 'makhluk' tumpang belakang motor kawan dia yang depan. Apa lagi terkejut beruk dia. Terus pecut potong kawan tu. Kawan tu ingat nak lumba, apa lagi pecut sama2.

    Balik tu barulah si mamat ni bagitau ada 'makhluk' tumpang dia tadi. Yang tu pecut. Kecut perut kawan yang kena tumpang ni apabila dengar cerita tersebut...

    Jadi, berjaga-jaga lah kalau lalu depan FBMK di waktu malam, terutamanya jika waktu bulan mengambang dan dekat tengah malam...

    BalasPadam
  6. Aslmkm wbt...

    Saya tertarik dgn entri blog ini. Hehe...saya kini menuntut di UPM, Serdang (baru nak masuk second year) dan FBMK tu fakulti di mana saya belajar. Sebenarnya, saya nak share pengalaman saya... berkaitan dengan suatu petang lepas balik dari The Mines. Saya dgn kawan saya sorg nih nak pinjam tandas FBMK la katakan... so kitorang pi buat detour ke blok B. Seram...xda orang pun. Biasa lah, hari ahad kan.

    Masa tu sekitar 6.50-7.15 la... saya masuk ke toilet tu. Nampak pintu sebelah tu bertutup jer. Saya tak hairan. Saya ingat ada orang di dalam. Tapi... dah lama saya kat dalam tu (saya betulkan tudung lagi), tak ada bunyi air pun. Saya diam2 lah. Entah sejak bila makcik yang pakai uniform biru macam tukang bersih tandas muncul kat belakang saya. Dia jalan tak tegur saya...saya nampak laju jer dia keluar. Saya tak hiraukan jugak.

    Bila saya keluar dari situ, saya tanya kawan saya kalau dia ada nampak makcik keluar dari toilet (dia tunggu saya kat kerusi di luar). Dia kata "apa yang ko merepek nih? Dah dekat maghrib ni... better kita chow". Dengan berat hatinya saya pergi...dan mula seram sejuk. Apa yang saya nampak masa tu, Tuhan saja yang tau. Isy... tapi selepas tu, saya masih lagi guna tandas yg sama bila balik lewat dari The Mines. Huhuhu...

    BalasPadam
  7. Berani yea cik Lyana Ann pergi ke sana waktu Maghrib. Memang sah la yang makcik cleaner tu adalah dot dot dot. >.<"

    Cuba la tegur lain kali. Mana tau saya salah. Huhuhu.

    BalasPadam
  8. Eeee... tak mau la. Seram jugak. Huuuu... ada jugak masa saya kat dalam bilik exam (kat blok B). Baru2 nih laa... so, mcm kat bilik Hamka tu kedudukan dia. Saya duduk seorang (sebab sampai awal), jadi kat kerusi hujung saya kan, meja kecil tu naik sendiri mcm ada org duduk. Terkejut saya, tapi saya endahkan. Mak saya pesan, kalau ada yang pelik2 jangan tegur...jadi saya diamkan.. Ee... bilik tu memang sejuk, tp saya pulak berpeluh.

    Kawan saya masuk ke dalam, dia jeling kerusi yang meja dia naik tu. Dia cakap "As, ada yang sudi menemankan ko". Saya pun cakap "biarlah...jangan dia kacau aku sini sudah la. Aku mau exam nih". Last2, meja kecil tu jatuh sendiri... kami b'2 senyap jer.

    Sebelum tu, saya pernah jugak masuk lab di blok C (Sanggar). Masa tu something missing, jadi saya pergi cari. Masa saya masuk, salah satu kerusi lab yang kuning tu berpusing menghadap saya. Saya tak endah jer (konon berani), pas tu ada pulak suara keyboard komputer tu ditekan. Macam ada orang menaip. Tapi masa tuh tak ada orang. Sebab benda yang missing tu sangat penting bagi saya, saya terpaksa juga la kuatkan semangat. Senior pun dah pesan kat saya, FBMK tu something sikit... ee...sampai sekarang saya macam sensitif sangat bila dengar bunyi keyboard komputer tu ditekan. Kat rumah saya ni pun, saya dah bukak keyboard PC tu, simpan dalam kotak. ^^!!

    BalasPadam
  9. Wah! Memang berani yea. Kalau saya... cabut dah agaknya seperti pensyarah saya tu. :P.

    Setakat ni alhamdullillah tak saya kena apa-apa sewaktu balik malam lalu depan FBMK. Tak nak la ada benda tumpang sampai ke bilik... Nanti trauma cam cik Lyana Ann.

    Yang penting dia kacau dari jauh sahaja kan? Jangan disentuh udah la... nanti lain pula jadinya...

    BalasPadam
  10. Actually saya pun lemah semangat jugak...huhuhu... masa semester satu saya, saya pernah jugak nampak something merenung dari tingkap (tp lebih kepada menekap muka dia yg putih tu kat tingkap) masa berlatih koir untuk 1 event penting UPM. Seyesly, saya balik jam 2.30 pagi sorg2 gi blok (laluan gelap), jadi... lepas nampak benda tu memang endingnya "demam selama seminggu" laa katakan. Huhuhu... x mau ingat lagi..eee...

    Nasib baik senior xda yg ikut sampai mcm tu sekali. Huu...mintak dijauhkan.

    Agree2... kalau dari jauh x pa laa... jangan dia muncul depan mata, whoaa... bisa mati orang yang melihatnya! hahaha... anyway, saya dan beberapa org rakan junior saya copkan satu tempat tu sbg "deadly stand" sbb bila org turun dari bas dan terkena pulak di tempat tu, org selalu terjatuh. Macam ada yang menolak walaupun tak ada orang di belakang(bukan sebab rushing). Saya sendiri pernah jatuh, itu yg saya hairan.Isy3... biar laa..jangan ada kemalangan ngeri di titik tu sudah laa...huhu

    BalasPadam
  11. Biasala. Itu memang dugaan yang Allah berikan kepada kita. Jadi amalkan baca ayat kursi sebelum keluar bilik dan ketika naik kenderaan. Kalau nak tambah, baca 3 kul pula.

    Apapun pengalaman yang menarik yea cik Lyana Ann.

    BalasPadam
  12. Yeah. *Nod*nod* saya setuju... InsyaAllah..nasihat yang berguna, senior. =)

    Saya mampu share saja... sebab selain manusia pun, makhluk lain juga wujud kan. Hehehe.. =D

    BalasPadam
  13. deadly stand tu kat ne yer ?? nak tau gak .. huhu

    BalasPadam
  14. wei..naik bulu tengkok aku baca ni..haha..slamat kolej aku jauh..tapi last sem aku amek exam mlm kot BBI kat sane..nsib baik sem dpan xde dah..klo x tobat aku nak masuk sana..haha..ada lagi la cerita kat sanggar bahasa tu.bwahaha..seram seyh..pensyarah aku cerita..huhuhu

    BalasPadam
  15. Cerita apa? Mai la kongsi biar kita semua bersedia bila masuk FBMK. :P

    BalasPadam
  16. Ya Allah... berair mata baca komen sebab saya memang dah dok lama di UPM sejak tahun 2005 lagi. Saya pernah naik tingkat atas sekali kot kat kawasan FBMK (tak ingat blok mana), agak gelap. Saya tak terfikir pun pasal hantu, cuma terfikir kot2 ada perogol je yang tengah menyorok... ahhahaha..

    Nasib saya jadi student FK. Huhu...


    Memang saya ada dengar sanggar bahasa tu tempat 'keras' tapi saya tak nak percaya. Teori saya, kalau ramai orang selalu guna tempat tu, jin2 pun bawak diri lah (kot) ke tempat lain pulak.



    Saya nak kongsi pengalaman kat kolej 11, tingkat 7B. Saya tak dapat tidur sekali tu masa bulan ramadhan. Baca quran pukul 2-3 pagi. Tiba2 siling atas bahagian bilik sendiri dihentam beberapa kali. Stop jap. Baca balik quran kuat2, bunyi hentaman tu ada balik. 'Eh, saya bising sangat ke?' Fuhh... Daripada siling tu ditembus pastu nampak sesuatu yang xnak dipandang, baik saya tido. Lagipun, leceh pulak nak panggilkan Wak betulkan siling tu (kalau rosak la). Esok tanya budak bilik sebelah. Dia pun tak tido malam, tapi tak dengar langsung pun hentaman tu. Waaa... So, pura2 buat macam biase sudah.. Lama lagi kot nak duduk situ. Mungkin jin Islam ataupun tikus.


    Saya fikir, kalau abaikan sahaja 'mereka', insyaAllah 'mereka' pun naik bosan dan cuba cari alternatif lain untuk kacau kehidupan harian kita.

    BalasPadam
  17. Tak juga cik Hanna. Tempat kalau dah memang sebelah dengan kampung jin, kira kena berjiran lah. Mana lagi mereka nak pergi sebab itu memang mereka duduk sejak azali lagi.

    Cakap pasal hantu kolej, antara yang pernah saya dengar adalah di KC. Pelajar baru habis majlis malam sedang tangkap gambar tetiba ada makhluk pelik dalam gambar. Heboh satu KC tapi taklah UPM. Taknak benda ni kacau.

    Kalau KTP, dulu ada gak kes kelibat perempuan rambut panjang selalu dilihat di dewan Bendahara. Selalu muncul lepas Isyak. Al-maklumlah sebelum saya datang ke KTP, ada satu rumpun buluh menjadi tempat penginapan makhluk lain sebelum pergi balik kampung mereka di FBMK. KTP menjadi laluan utama. Lepas tebang rumpun tu, Alhamdullillah, kurang gangguan... yang lain tu kena dirahsiakan atas permintaan warga KTP. Harap maklum...

    BalasPadam
  18. citer KTP... hmm...patut laa ada yang pesan dgn saya hari tu cam ni "kalau bawak kawan, jangan janji apa2 dgn dia...nanti jumpa benda lain"... then saya pernah dgr pasal kolej2 lain jugak, n FBMK tu mmg...errr...mgkin sekali laluan "diorang-diorang" tu... huisyy... nanti saya sambung cerita la...sbb malam ni saya kena buat tugasan sorg2, jadi takut ada yang menumpang.,..hehehehehe

    BalasPadam
  19. okay

    sanggup baca cerita ni smpai habes.

    haha. seram sungguh
    al maklum upm yang penuh dgn hutan :)



    asalkan tahu jaga dri dan tak terlalu galak/ besar diri :)

    BalasPadam
  20. ok.UPM memang seram.haha.saya ex-UPM dari 2006-2010 dan stay kat K17..ye..kolej baru tuh..setakat 4 tahun saya kat sana xpernahla kami2 ni kena kaco.setau saya la..cume ada satu masa tu saya dah stay bilik kat GF..i mean keluar dr tgkap terus lantai..senang je pencuri nak masuk.huhu.jus pernah nampak 'benda' tu duduk kat katil roomate saya tyme tgh malam..coz saya terjaga & nampak benda tu menghadap kawan saya..sy mati2 ingat kawan saya sekali toleh kat katil, die tgh syok2 baring tido.so?siapa yg duduk kat bucu katil die tu?errrr.
    but, so far K17 terjaga sikit la even org ramai kata Blok C berhantu..ade 'pompuan' rambut panjang suka usha mamat2 doktor kat blok tu.hehe

    BalasPadam
  21. @Ayuyuuu: betol3....

    @Aja: dia nak usha mamat2 doktor tu untuk carik someone kot??? hehehehe.... xlah... dia nak mintak rawatan jer tu...

    BalasPadam
  22. mengarut je..aku slalu kluar mlm minggu ikut jalan kubur cina tu..xde kena pun..lalu iku bkt ekspo sorang2 kul 3,4 pagi semata2 nak g tgok bola pon x pnah kena..g curi durian pun xde jumpe..n fyi, bilik aku straight je ngan umah berantu tepi jln nk g k17..aku duk ktp..xde pnah kena jgk..x balik kampung masa cuti sem..ada 3 org je masa tu kat kolej..xde kena jgk..mengarut je semua ni..

    BalasPadam
  23. tp ko ney kira berani jugak la sebab boleh lg g tempat y keras tu pastu ko ngan selamber nyer snap picture kat situ....
    cubo ko bygan lau ko ngah snap tue ader pulak y tgh berposing....
    konfem2 blog ko popular gihiihihhihi....(selamat ak x dok UPM)
    lau ak budak UPM da tentu2 la ak x bc citer seram neyy ......

    BalasPadam
  24. huhu,,,okay baru tau pasal FBMK ni,hehe..my fren penah kene kaco dr jalan KMR kle FBMK,mase tu balik lewat mlm,kete diorg jadi berat sgt2 smpi kete susah na jalan..

    BalasPadam
  25. aritu tayar aku pancit kt roudabout dkt gate 1 lepas MTP..mse tu lepas kul 12 la gak...aku sorg..biasa aku xde la panic sgt..tetbe mlm tu aku rasa cuak lak..tros call mmbr aku mintk tlg...pastu terpaksa tolak moto aku pg sanggar (sbb stu paling dekat) aku tatau nape..aku rasa seram gle...haha...(aku jrg seram2 neh)..lepas park tros blah...esoknye masa aku tggu mamat bengkel repair tayar moto aku pun still rasa seram (siang hari tuh) baru aku tau nape..haha~

    BalasPadam
  26. wa....nice entry..... de sape2 yg tau cite hantu kat k5 x?????

    BalasPadam
  27. yg kawasan lapang lapang belakang bilik hamka tu, dl sy n the geng pernah buat assignment kat situ... alhamdulillah tak ada apa.. siap gelak² lagi.. n siyes, memang buat waktu tgh hri.. nothing happened.. hurmm., encik rosli mmg org lama kt situ.. dl pun byk dia citer psl upm, psl tasik kt sebelah mines tu..

    BalasPadam
  28. best lah entry ko....
    aku dak Fakulti Perhutanan....n kot nk tawu....fak ktorg pon ade someone n somebody taw....die dok kt tandas pmpn plg ujung kt blok....org ckp kot guna tandas tuh time mlm2...kot dgr bunyi air paip trbuka ke ape padahal ko sorg2...better ko melarikan diri scpat mgkn....hehehe...pastu ade gak student yg nmpk reflection 'beliau; kt pntu bilik doc....ms nga tggu mmbe2 nk g klas malam kt lab komputer....ade gak lar dgr2 cte yg dak2 postgrad...nmpk kelibat beliau...kot balik lewat malam....uish seram dowh....aku dak postgrad n xkn melepak masok kt fak waktu mlm melaenkn nk g thumbprint kdtgn....nsb kt depan pntu masok fak jek....huaaa~

    ade gak cte pasal dewan putra 2 kolej serumpun...ni rumet aku lar yg cte...kn dewan tuh brsambung ngan ofis kolej2 serumpun ni...n kt tgkt atas....ade bilik gerakan...so ramai lar yg dok bt keja tok aktiviti kolej/meeting n balik lewat malam...arakiannye pada 1 malam...ade sorg mmbe die n kawan belaiu baru hbs keja n otw n balik....die pesan kt mmbe rumet aku ni....jalan laju n jangan pndg belakang kot dgr pape....so die ni pon ngikot je lar...akan tetapi...ttbe die dgr bunyi cam org berlari kejar dorg dr blakang n kawan die tuh plak jalan gle laju smcm...mmbe rumet aku ni try nk tnya bunyi ape...tp kwn die soh jalan cpt n tglkn blok ofis...pastu baru lah die bgtaw yg die dgr bunyi tuh...

    stakat ni almost 4taon dok cni...xpnh lak dgr,nmpk or etc pasal makhluk Allah ni...dok dgr cte jek...harap2 lar xde smpai lar aku grad sok...insyaallah amin...XD

    BalasPadam
  29. salam.. saye stay kt KC. 3 thn stay sana. 2008-2011 mmg macam2 cerita seram yg berlaku. alhamdulillah tak kene ganggu la..

    just nak share la. tatau la dapat rumate yg boleh nampak macam2 ni.. ngeri gak sbnrnye. saye balik dari bilik kwn then masuk je bilik sendiri tibe2 rumate yg tgh tido tu tjaga. dia pandang saye lain mcm jer. sy pon buat bodo je la. ingtkan dia tkejut sbb saye balik malam2 n mggnggu dia tido ke ape.. besok lusa baru dia citer. dia kata ade bende yg dok mengikut saye balik bilik.. Ya Allah.. sabar je la. cuak gak bila dgr.

    malam2 mmg seram yg amat. duduk top floor plak tu. dari ground floor nak naik ke top mmg seksa. rasa lama giler nak sampai ke bilik tu... bila da sampai nak g toilet pon kene bteman. cuak weh. nak study malam2.. hai mmg tak laa. tido terus ler jawabnyer..

    syukur Alhamdulillah sangat2 xkene gangguan2 tu.. ade je dgr kes2 histeria kt KC. so warga KC jage2 cik kiah.. serem jugak tuuu!!

    BalasPadam
  30. haah..K17 ni pun berhantu gak..lagi2 blok C, lagi2 wing pompuan..lagi2 tingkat atas skali...huh! mencabar

    BalasPadam
  31. ha3,
    best plus seram pon ad entry n comment korang semue ni..
    btw, aq dok k10, xda dgr kes hantu pon sini..
    xda ek?

    BalasPadam
  32. itu tak diketahui sehinggalah jika ada yang ingin berkongsi bersama.

    BalasPadam
  33. k10 ada cerita zaman masa diorang mula2 bukak dulu..b4 dak eng masuk..tapi aku tak igt dah cerita dia camne..hahhahah~

    BalasPadam
  34. ye ke? setakat ini alhamdulillah tak pernah kena kacau kat kawasan main campus. kalau kat kolej itu biasalah.haha k13 UPM

    BalasPadam
  35. Hehe....setakat ni I pernah dok kt Kolej Kedua dgn Kolej 15..alhamdulillah tak apa apa-apa lagi dan tak mau ada apa-apa insyaallah hehehe :)

    BalasPadam
  36. membe aku rajin je jumpe kat k6 ni. lagi2 kat pokok persimpangan ktdi ngan kc. jalan yg nak naek ke k6 tu. die jumpe pontianak atas pokok. untong lah. hahah. aku kalau bole tak nak jumpe. seram bohhh. haha

    BalasPadam
  37. @zaza: eh??? O_O" YE KE??! Sy selalu lalu di situ kalau malam (ini kes malas menunggu bas) konon mahu exercise sampai laa ke serumpun. alamakkk~ rupanya keras juga tpt tuh.

    BalasPadam
  38. sonok baca. seram.hehe

    BalasPadam
  39. Mak aihh. Berdiri bulu roma baca entri & comments. Saya nih baru nak masuk. Kolej 11.

    BalasPadam
  40. Walau dimana pun saya belajar, saya tetap akan mendengar cerita-cerita seram samaada di IPT-IPT ataupun di sekolah-sekolah. Cuba jika fikir, kenapa di tempat-tempat menuntut ilmu menjadi tempat utama makhluk-makhluk Allah tersebut berada..........

    BalasPadam
  41. zaman belajar dengan zaman kerja, ade je siri cerita seram ni..

    hehe!

    BalasPadam
  42. Sebenarnya penampakan tu bergantung kepada tahap angker kawasan tu and seberapa tebal hijab korang...

    tapi kat kawasan apart ada satu blok,blok ni plak ada satu aras,aras ni ada satu rumah,rumah ni ada satu bilik,dan kat bilik ni lah antara kawasan paling angker...banyak kejadian misteri dan seram yang berlaku kat bilik ni secara terang-terangan ya kawan2...

    bilik mane ni aku tak boleh bagitau...nak bagi junior2 ni berasa pengalaman sikit...tapi apart ni adalah apart lelaki...hihihihi

    BalasPadam
  43. saya bekerja di fbmk dh 12 tahun...di makmal sanggar bahasa dh 7 tahun....semua tu cerita mengarut....saya sendiri kelas saya abis pkl 10 mlm...kami kemas lab tutup pc semua smpi pkl 10.45mlm....pastu baru balik....xde la benda2 tu...kalu kita takut benda tu mmg suka kacau...saya sendiri kalu suami outstation, saya akan bwk anak2 dtg lab....dari yg baby smpi yg 11 thn...semua ok je...pakai toilet ok je...anak yg 1st tu perempuan...dia pegi toilet mlm2 ok je...xde pun dia cerita takut ke apa ke...

    kepada student2 fbmk.....korang kena la berani sikit...jgn jadi penakut...kami yg staf ni kerja lg la...siang malam...kalu kita xkacau benda tu...benda tu pun xnk kacau kita jgk....

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia